Monday, June 4, 2012
Adakah Hantu Itu Wujud????
Islam tidak menolak kewujudan makhluk halus, malah perkara ghaib seperti kewujudan makhluk halus wajib dipercayai kerana Rukun Iman itu sendiri terdiri dari perkara-perkara ghaib yang wajib diimani. Mengatakan makhluk halus tidak wujud bermakna melakukan satu iktikad yang merosakkan akidah. Malaikat, Jin dan beberapa makhluk halus yang lain di sebut dengan jelas dalam Al-Qur’an. Ini akan saya jelaskan di dalam posting lain. Perbuatan sihir juga di sebut dengan jelas oleh Allah dalam Al-Qur’an dan ia memang mampu dilakukan oleh mereka-mereka yang melampaui batas. Menolak kewujudan mereka bermakna menolak ayat-ayat Allah dalam Al-Qur’an. Menolak ayat Al-Qur’an bermakna kita beriktikad bahawa kandungan Al-Qur’an itu tidak betul. Dengan iktikad ini, kita mencampakkan diri kita dalam perbuatan tidak beriman kepada Allah.
Hadith Rasulullah s.a.w
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Ketika Rasulullah s.a.w. menyabdakan : “Tidak ada penularan, Tidak ada yang tabu di bulan Safar, dan tidak ada hantu mayat gentayangan.” Maka bertanya seorang Arab Dusun, “YA Rasulullah! Bagaimana seandainya sekelompok unta yang sihat dipadang pasir, kemudian didatangi seekor unta yang berkudis, kemudian unta yang sihat itu, berkudis pula semuanya?” jawab Rasulullah s.a.w., “Siapakah penular yang pertama-tamanya?”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada penularan, tidak ada mayat gentayangan yang menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tetentu muncul yang menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan Safar”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada penularan, tidak ada pengaruh atau tanda bahaya suara burung, dan tidak ada hantu.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Pertama yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. ialah, tidak semua penyakit itu penyakit berjangkit. Jika ada penyakit berjangkit sedang menular, terdapat satu hadis daripada Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan amalan kuarantin yang harus dipatuhi penduduk setempat yang mengalami penyakit tersebut dan penduduk luar yang dilarang masuk ke tempat tersebut. Rasulullah s.a.w. juga memberikan penjelasan terhadap kepercayaan karut yang diperkatakan oleh golongan Arab Jahiliah satu ketika dulu seperti siulan burung-burung tertentu yang dikatakan mereka sebagai alamat atau petanda kejadian tidak elok bakal berlaku. Rasulullah s.a.w. mendidik mereka dengan hadis ini yang mengatakan semua perkara tersebut adalah tidak benar dan karut. Begitu juga dengan kepercayaan Arab Jahiliah satu ketika dulu yang mengatakan bahawa mayat seseorang itu boleh kembali hidup dan menjadi hantu yang bergentayangan (merayau-rayau) di kawasan perkuburan. Dengan ini jelas sekali dari Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bahawa apa yang dikatakan hantu itu tidak wujud sama sekali. Ini kerana kebanyakan dari mitos yang menyatakan asal usul hantu-hantu dengan berbagai-bagai nama ini adalah karut marut amalan jahiliah dan animisme belaka.
Tapi macam mana ada orang kata mereka diganggu makhluk-makhluk halus ini???
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. katanya : “Tadi malam, Ifrit dari bangsa Jin datang kepadaku hendak menggangguku solat. Tetapi Allah memungkinkan aku untuk mengatasinya. Aku bermaksud untuk mengikatnya pada sebuah tiang di masjid, sehingga pagi-pagi anda semua dapat melihatnya. Namun aku ingat doa saudaraku, Nabi Sulaiman, yang memohon, “Ya Allah, Tuhanku! Ampunilah aku, dan berikanlah aku satu kerajaan yang tidak akan pernah engkau berikan kepada seorang jua sesudahku.” Kata Rauh, lalu Jin itu diusir oleh Nabi.”
(Hadis Riwayat Bukhary)
Dalam sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a. juga meriwayatkan satu peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. diganggu pula oleh syaitan yang mengacah-acahkan obor api ke muka baginda semasa baginda s.a.w. sedang mengimami solat jemaah. Baginda s.a.w. juga ingin menangkap syaitan tersebut untuk diikat, tetapi akhirnya baginda melepaskannya kerana teringatkan kembali doa Nabi Sulaiman a.s. seperti yang tersebut dalam hadis riwayat Imam Bukhary di atas.
Dari Abi Ayyub ia telah berkata: Aku telah menangkap satu jin betina. Maka Ia berkata kepada aku; lepaskan daku nescaya akau akan ajarkan dikau sesuatu. Apabila engkau baca akan dia, tidak akan memberi mudarat akan dikau oleh salah satu daripada golongan kami! Aku berkata: Apa dia? Ia menjawab: Ayat Al Kursi. Maka aku pun memberitahu Rasulullah s.a.w. akan dia. Lalu dijawab oleh baginda: Benarlah, walaupun dia pembohong.
Dari Abi Ayyub, bahawa ketika ia berada di rumah kecil kepunyaannya, satu lembaga datang lalu ditangkap… ia mengadu kepada Nabi s.a.w. Baginda berkata: Kalau dia datang lagi dikatakan (dengan nama Allah aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah). Ketika lembaga itu datang, Abi Ayyub pun berkata demikian kepadanya… lalu ditangkapnya. Lembaga itu berkata: Sesungguhnya aku tidak akan datang lagi… lalu ia melepaskan dia. Maka ia pun datang kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya kepadanya: Apa yang dilakukan oleh tawananmu. Jawab Abi Ayyub: Aku tangkap dia. Lembaga itu berkata: Sesungguhnya aku tidak akan datang lagi… lalu aku lepaskan dia. Baginda berkata: Sesungguhnya ia akan datang… Abi Ayyub telah menangkapnya dua tiga kali.. setiap kali ditangkap lembaga itu berkata: Aku tidak akan datang lagi. Lalu ia datang kepada Nabi s.a.w. Baginda bertanya: Apa yang telah dilakukan oleh tawananmu. Lalu ia menjawab: Aku telah tangkap dia… lembaga itu berkata aku tidak akan datang lagi.. maka jawab Nabi: Sesungguhnya ia datang. Lalu aku tangkap dia. Lembaga itu berkata:… Lepaskan daku, aku akan ajarkan dikau sesuatu, apabila engkau baca bacaan itu nescaya tidak ada sesuatu akan menghampiri akan dikau, iaitu ayat Al Kursi. Lalu ia datang kepada Nabi s.a.w. dan memberitahu akan dia. Jawab baginda: Benarlah… walaupun dia pembohong.
Dari Abu Hurairah ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mempertaruhkan daku untuk menjaga hasil zakat ramadhan. Maka datang kepadaku satu lembaga mengambil sedikit daripada makanan tersebut lalu aku tangkap akan dia seraya berkata: Aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah s.a.w. Ia menjawab: Lepaskan daku, sesungguhnya aku ini amat berhajat. Aku mempunyai keluarga dan amat kesempitan. Lalu aku lepaskan dia. Di pagi hari Nabi s.a.w. telah bertanyakan kepadaku: Wahai Abu Hurairah apa yang telah dilakukan oleh tawananmu malam tadi?Aku jawab: Ya Rasulullah, ia telah mengadu mempunyai hajat yang sangat bersangatan dan mempunyai keluarga lalu aku merasa belas dan melepaskannya. Baginda menjawab: Sesungguhnya dia telah menipu kau. Dia akan datang lagi… Aku tahu dia akan datang lalu aku hendap. Maka ia datang mengambil sedikit makanan tadi lalu aku tangkap.. Aku berkata: sesungguhnya aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah. Ia menjawab: Lepaskan aku: Sesungguhnya aku ini amat berhajat. Aku mempunyai keluarga. Aku tidak akan datang lagi. Aku merasa belas lalu melepaskannya. Baginda menjawab: Sesungguhnya dia telah menipu kau dan ia akan datang lagi. Aku hendap dia buat kali ketiga. Ia telah datang dan mengambil sedikit makanan lalu aku tangkap akan dia. Aku berkata: Sesungguhnya aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah akhir kali ketiga engkau berjanji tidak akan datang. Maka ia pun berkata: lepaskan daku… aku akan ajrkan dikau dengan kalimah-kalimah.. Allah akan memberi manfaat dengan kalimah itu.. Aku tanya: Apa dia? Dia menjawab: Apabila engkau baring atas tempat tidurmu… hendaklah engkau baca ayat Al Kursi hingga akhir ayat. Sesungguhnya engkau tidak henti-hentinya bersamamu penjagaan dari Allah. Tidak akan menghampiri dikau syaitan hingga subuh. Lalu aku pun melepaskan dia. Waktu pagi Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku: Apa yang telah dilakukan tawananmu malam tadi? Aku jawab: Wahai Rasulullah, ia telah berjanji hendak mengajar aku kalimah-kalimah yang memberi manfaat oleh Allah dengan ayat tadi lalu kulepaskan dia. Baginda bertanya: Apa dia? Aku jawab: Ia berkata kepadaku: Apabila engkau baring atas tempat tidur, engkau hendaklah membaca ayat Al-Kursi dari awalnya hingga tamat. Ia juga berkata kepadaku: Tidak berhentinya bersamamu penjagaan dari Allah dan syaitan tidak akan menghampiri dikau sehingga subuh. Awak sentiasa dapat perlindungan. Nabi s.a.w. menjawab: Sesungguhnya ia telah berkata benar kepadamu walaupun dia pembohong. Adakah awak tahu siapa yang bercakap sejak tiga malam lepas wahai Abu Hurairah? Ia menjawab: Tidak. Kata Rasulullah s.a.w. Itulah syaitan.
Begitu juga dengan hadis hadis berikut yang di petik dari Sahih Muslim.
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun di antara kamu melainkan telah ada jin (Qarin) yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya.” Tanya para sahabat, “Anda juga, ya Rasulullah?” Jawab beliau, “Ya, aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka, sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam(menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Dari A’isyah r.a. Isteri Rasulullah s.a.w., dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. pergi dari rumahnya (rumah A’isyah). Kata A’isyah, “Kerana aku cemburu kepada beliau. Setelah beliau kembali, beliau memperhatikan tingkah lakuku lalu beliau bertanya, “Mengapakah engkau hai A’isyah, cemburukah?” jawabku, “Bagaimana wanita seperti aku tidak cemburu terhadap lelaki seperti anda?” Tanya beliau, “Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?” Jawab A’isyah, “Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?” Jawab beliau, “Ya!”. Tanyaku, “ Apakah setiap orang begitu?” Jawab, “Ya!”. Tanya, “Anda sendiri juga?” Jawab, “Ya! Tetapi aku dilindungi Tuhanku sejingga aku selamat.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Siapakah Jin Qarin
firman Allah:
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Qarin makan dan minum bersama manusia yang didampinginya
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Jin Qarin Rasulullah
Daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)
Wallahu a’lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


.jpg)
No comments:
Post a Comment